BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome



Assalammualaikum..terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini..blog ni tak ditujukan untuk sesiapa..hanya sekadar coretan buat tatapan aku..

Tuesday, August 30, 2005

76 hari..

tarikh: 30.august.2005

hari ni genap 76 hari pemergian arwah ayahku.walaupun sudah hampir 2 bulan pemergiannya,namun gelak tawa, jenaka dan nasihat masih segar dalam ingatanku. InsyaAllah, akan ku cuba buat yang terbaik buat keluarga dan akan ku cuba sedaya upaya untuk menunaikan hajat arwah selama ni.
Pemergian ayahku sukar digambarkn,keadaan keluarga kami jauh berbeza selepas pemergiannya..kalau dahulu,keluarga kami terlalu bahagia dengan kasih sayang. walaupun kami bukan orang yang senang tp alhamdulilah rezeki kami tidak pernah putus..arwahla yang selalu membuatkn kami sering tertawa dengan telatahnya..jika digambrkan,sukar kami nak percaya pemergian arwah..kami tak bersedia untuk terima semua dugaan ni..dengan adik2 ku yang masih kecil..namun,semua ini adalah takdir..allah lebih sayangkan arwah..kami reda..selepas peristiwa tu,aku kuatkan semangat walaupun kadang2 aku gagal untuk kawal perasaan ku..aku tak mampu buat apa2 buat masa ni..aku kaku dengan peristiwa yang masih segar dalam ingatan aku..tambahan pula,tahun tu aku menghadapi peperiksaan pmr..peperiksaan yang penting buat ku.
pemergian ayahku bukan sahaja dirasai oleh ku,bahkan adik2 aku juga..aku faham,sukar bagi mereka mahu merima hakikat ni..terutama adik ku yang bongsu..yang masih tak kenal apa tu "alam kubur" dan apa itu mati..dia terlalu rapat dengan arwah..kerna tu,die selalu meminta perkara2 yang sukar kami tunaikan..aku tahu,dia buat mcm tu sebab dia rindukan arwah..tapi apa daya ku...aku tak mampu berbuat apa2..kadang2 aku ada jelaskan berkenaan arwah ayah tapi die seolah2 tidak mengerti lagi..mungkin,usianya yang masih kecil..
semasa arwah ayah dikebumikan,aku masih ingat kisah ni..adik ku yang bongsu bertanya pada ibuku "abah tido sini ker mak"..oo.."raye nti ayah balik ye"..selepas adik ku berkata begitu,seluruh ahli keluarga ku menangis kerna tidak dapat menahan kesedihan..
nasiblah Pak sulung aku mampu terangkan semua ni kat adik2 aku..kata2nya aku pegang sehingga sekrg..